ISU DALAM KAJIAN WACANA


PENGENALAN

Wacana merupakan sebuah kesatuan yang melebihi batas-batas ayat. Dalam bidang karya dan penulisan wacana dianggap dapat memenuhi sesebuah ciri penulisan yang utuh dan lengkap. Dalam wacana juga terkandung koherensi dan kohesi di samping mempunyai penanda-penanda wacana tertentu yang menjadi asas kepada penghasilan sesebuah wacana. Tegasnya, wacana menentukan kelangsungan sesebuah penulisan menjadi lebih baik dan bermutu.


PENANDA WACANA  DAN  FUNGSINYA

            Penanda wacana ialah perkataan atau rangkaian perkataan yang berfungsi untuk menghubungkan sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang  semasa menulis atau berucap dan ia amat penting  dalam sesuatu teks kerana penanda wacana dapat mewujudkan pertautan serta kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang lain sehingga terbentuk kesatuan. Dalam lain perkataan, penanda wacana ini digunakan untuk:            

i)            menyambung ayat dengan ayat;

ii)         menghubungkan perenggan dengan perenggan yang lain; dan

iii)        melahirkan ayat-ayat dan perenggan yang berkesinambungan, gramatis dan bermakna.



            Raminah Hj Sabran (1985), melalui bukunya "Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan" telah membincangkan tentang fungsi penanda wacana dengan meluas sebagai panduan kepada bakal-bakal guru yang akan mendidik anak bangsa seluruh negara. Nik Safiah Karim (2009), di dalam "Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga" ada menyebut tentang fungsi penanda wacana ini. Pendapat beliau turut dikongsi bersama oleh Samsu Yaakob (2009), di dalam bukunya yang berjudul "Senarai Semak Sistem Ejaan" dan "Tatabahasa Bahasa Melayu".  Menurut mereka ini, dalam bahasa Melayu, terdapat lima jenis utama  penandaan wacana seperti:

i)                    Penanda Penghubung;

ii)                  Penanda rujukan;

iii)                Penanda penggantian;

iv)                Penanda leksikal; dan

v)                  Penanda elipsis atau pengguguran.

          

            Bagi meningkatkan mutu penulisan dalam kalangan pelajar, mereka seharusnya tahu menggunakan wacana yang sesuai dan pelajar juga perlulah tahu akan fungsi wacana yang digunakan. Terdapat empat fungsi utama dalam penanda wacana iaitu:

            a). Penghubung tambahan;

            b). Penghubung tentangan atau sebaliknya;

            c). Penghubung musabab atau sebab; dan

            d). Penghubung tempoh masa atau ketika.



Menunjukkan maksud  penghubung tambahan.

                        Menurut Kamus Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, penghubung tambahan    merupakan penghubung yang memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang telah diperkatakan sebelumnya.  Antara penanda wacana yang terdapat dalam jenis ini ialah seperti dan, lalu, malahan, tambahan pula, lebih-lebih lagi, di samping itu dan lain-lain lagi. Contoh ayat yang boleh dibina   adalah seperti:

                                                         

            a).        Tugas sebagai seorang guru di kawasan pedalaman benar-benar mencabar dan memberi pengalaman baharu kepadanya kerana  sebelum ini dia merupakan seorang anak orang berada yang tinggal di bandar besar. Malahan, dia juga berpeluang beramah-mesra dengan penduduk-penduduk termasuklah petani dan penternak dalam mengenali mereka dengan lebih rapat lagi.



            b).        Pendidik haruslah berusaha membimbing pelajarnya melakukan pelbagai aktiviti kokurikulum secara teori mahupun praktikal. Di samping itu, isi pelajaran yang hendak disampaikan mestilah menarik minat pelajar.



                      



Menunjukkan maksud sebaliknya atau penghubung tentangan.

                        Menurut Nik Safiah Karim (2009), penghubung tentangan ialah penghubung yang menunjukkan pertentangan maklumat antara suatu yang baru diperkatakan dengan yang sebelumnya dalam wacana yang sama. Antara penanda wacana yang sering dan boleh digunakan oleh pelajar  dalam menulis karangan ialah seperti tetapi, sebaliknya, namun, namun begitu, walau bagaimanapun dan lain-lain lagi. Contoh ayat yang menggunakan wacana ini adalah seperti berikut:



            a).        Kassim telah lama berpindah ke Semenanjung. Namun hati kecilnya masih teringat akan negeri di bawah bayu itu.



            b).        Ani dan Razak adalah anak angkat Pak Hamid yang dipelihara sejak kecil lagi. Walau bagaimanapun, mereka berdua menganggap Pak Hamid seperti bapa kandung mereka sendiri.



                                         

Menunjukkan maksud sebab atau penghubung musabab.

                        Pelajar juga boleh menggunakan wacana yang sesuai bagi menunjukkan sebab berlakunya sesuatu perkara atau peristiwa. Apabila penanda wacana ini digunakan, jalan cerita akan menjadi lebih gramatis dan menarik dan menunjukkan kematangan pelajar dalam memilih kata-kata yang sesuai dalam penulisan. Antara penanda wacana  menunjukkan sebab ini ialah seperti kerana, oleh sebab itu, oleh itu, oleh hal demikian, dengan itu, maka itu dan lain-lain lagi. Pendapat di atas telah disokong oleh Siti Hajar binti Abd Aziz dalam bukunya "Bahasa Melayu II terbitan Oxford Fajar" (2009). Contoh ayat yang dapat ditunjukkan dalam bahagian ini adalah seperti di bawah:



            a).        Kejadian pecah rumah sering berlaku di kawasan taman perumahan di pinggir bandar. Sikap penduduk yang tidak memberikan kerjasama dan tidak mempunyai semangat kejiranan menjadikan masalah ini sukar dibendung. Oleh hal demikian, pihak berkuasa telah mengarahkan ahli Rukun Tetangga menjalankan kerja-kerja rondaan dengan lebih kerap.



            b).        Keadaan hidup keluarganya amat daif. Maka itu dia terpaksa bekerja lebih keras untuk membawa keluarganya keluar daripada kepompong kemiskinan.





Menunjukkan maksud ketika atau penghubung tempoh.

                        Mengikut Raihana Hamdan, Aina Rosli, Amin Nur Aiman dan Salina Hussin (2007), dalam buku Bahasa Melayu UPSR Teks dan Rujukan Lengkap turut mengatakan bahawa fungsi wacana adalah merujuk kepada maksud ketika atau penghubung tempoh iaitu penghubung yang menunjukkan urutan masa atau siri berlakunya sesuatu peristiwa atau kejadian. Antara penanda wacana yang terdapat di dalam jenis ini ialah seperti pertama, seterusnya, kemudian, selanjutnya, selepas itu, maka dan akhir. Antara contoh ayat yang dapat dibina dalam wacana jenis ini ialah seperti:



a).        Pertama, ibu saya sakit. Kedua, kereta saya rosak dan ketiga, hujan lebat ketika itu. Itulah antara sebab-sebab saya tidak dapat hadir mesyuarat petang semalam.



b)            Sebaik sahaja rombongan kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang, kami dibawa ke balai menunggu. Sejurus selepas itu, kami diberi taklimat ringkas oleh ketua rombongan. Semua ahli rombongan mendengar penerangan yang disampaikan dengan penuh minat. Selepas itu, kami diarahkan membawa bagasi ke tempat pemeriksaan.





            Selain daripada yang telah dinyatakan di atas, penanda wacana yang terdapat dalam bahasa Melayu ialah seperti penanda permulaan karangan, penanda memulakan isi baharu, penanda huraian isi karangan, penanda memberi contoh, penanda menutup isi, penanda menulis dua huraian dalam satu ayat, penanda memulakan perenggan penutup, penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza dan penanda memulakan atau memasukkan peribahasa.

            Setelah diteliti kesemua fungsi wacana yang telah dinyatakan di atas, jelaslah kepada kita bahawa fungsi-fungsi wacana ini sebenarkan mempunyai makna yang berbeza antara satu wacana dengan wacana yang lain mengikut kategori yang telah ditetapkan.




CONTOH KAJIAN ANALISIS WACANA



1.0  PENGENALAN
Wacana ialah unit tertinggi bahasa yang melampaui ayat dan kajian tentang unit tersebut. Secara umumnya, wacana dapat dikaitkan dengan tiga kategori besar, iaitu melampaui ayat, penggunaan bahasa, dan juga amalan sosial yang meliputi bukan linguistik dna bukan tentu bahasa. Terdapat tujuh ciri dalam wacana, iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat, keadaan, dan interteks. Sesebuah wacana yang baik akan memenuhi ciri-ciri wacana tersebut.
      Menurut Mohd Rashid Md Idris et al. dalam bukunya, Analisis Wacana (2012:104), analisis wacana merujuk kepada usaha mengkaji organisasi bahasa yang melampaui peringkat ayat dan klausa. Sanat Md Nasir (2002) pula menyatakan bahawa wacana merujuk kepada teks, iaitu unit bahasa yang melebihi unit teks. Unit teks boleh terdiri sebagai satu ayat yang baik secara fonik, mahupun grafik.
Kajian wacana ialah sebuah bidang kajian yang mempunyai sejarah yang panjang, iaitu bermula dengan peradaban keagamaan yang mengkaji kitab agama seperti teks Veda sejak 1200-1000 S.M. Mohd Rashid (2004: 31) menyatakan bahawa sesuatu ayat yang diujarkan baik dalam bentuk lisan atau tulisan adalah berfungsi sebagai satu unsur dalam kesatuan yang dilahirkan oleh jalinan ayat yang menyampaikan maklumat tentang sesuatu topik.

2.0  LATAR BELAKANG KAJIAN
Dalam bidang analisis wacana, Sanat Md. Nasir dan Sato Hirobumi adalah antara tokoh bahasa yang menyerlah dalam aspek ini. Kedua-dua tokoh ini mengemukakan pendapat yang berbeza dalam analisis wacana. Sanat Md. Nasir menggunakan teori Atqakum, konsep tautan, dan konsep tema dalam menganalisis sesebuah wacana. Manakala, Sato Hirobumi pula mengemukakan konsep runtutan dan konsep struktur maklumat yang terdiri daripada maklumat baru dan maklumat lama.
Dalam kajian ini, model yang dipilih ialah model Sato Hirobumi. Menurut Mohd Rashid Idris (2004:11), runtutan merupakan pengantara gagasan idea. Gagasan idea ialah cara sesuatu idea atau fikiran dijalinkan dalam sesebuah cerita atau peristiwa untuk membentuk teks. Cerita dan peristiwa ini merupakan idea-idea yang memberi makna kepada pembaca. Makna pula disampaikan oleh penulis kepada pembaca. Hal ini menunjukkan bahawa penulis dan pembaca mempunyai perkaitan yang sangat jelas dalam konsep runtutan. Terdapat empat peringkat dalam runtutan, iaitu tahap tujuan, tahap penerimaan, tahap maklumat, dan tahap keadaan.
Tajuk kajian ini ialah ‘Analisis Struktur Maklumat Berdasarkan Lagu “Untukmu Ibu” oleh Exist’. Berikut merupakan synopsis bagi lagu tersebut.


Lagu ini menceritakan kasih seorang anak terhadap ibunya. Ibunya telah meninggal dunia. Dia terkenangkan peristiwa dan kenangan lalu bersama ibunya. Semenjak ketiadaan ibunya, dia berasa kehilangan dan kesepian. Dia juga tidak mempunyai tempat untuk meluah perasaan dan sangat merindui ibunya. Hidupnya selepas ketiadaan ibunya seperti tidak bermakna lagi. Melalui lagu ini, seorang anak itu hanya mampu berdoa agar ibunya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan diampunkan semua dosa-dosanya. Dia juga berharap agar ibunya dapat mengampunkan dosanya semenjak kecil sehingga sekarang.

 


3.0  OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dilakukan untuk mencapai objektif-objektif yang berikut:
                    i.            Mengenal pasti fungsi struktur maklumat dalam lagu.
                  ii.            Menganalisis aspek struktur maklumat dalam lagu “Untukmu Ibu”.

4.0  PERSOALAN KAJIAN
Berikut merupakan persoalan kajian dalam kajian ini:
                      i.          Adakah aspek struktur maklumat berfungsi dalam lagu ‘Untukmu Ibu’.
            ii.      Adakah lagu “Untukmu Ibu” menggunakan aspek struktur maklumat dalam lirik lagu     tersebut.





5.0  BATASAN KAJIAN
Dalam kajian ini kami skopkan kepada beberapa elemen sahaja yang menjadi fokus tumpuan. Kajian kami cuma terbatas kepada kajian berkaitan lirik lagu “Untukmu Ibu” nyanyian kumpulan Exist. Oleh itu, unsur-unsur yang kami terapkan dalam kajian ini adalah  mengenal pasti fungsi struktur maklumat dan menganalisis aspek struktur maklumat dalam lagu “Untukmu Ibu”. Lebih jelas lagi bahawa dalam kajian, kami memberi penekanan kepada kajian maklumat yang terdapat dalam lirik lagu tersebut, sama ada maklumat itu lama mahupun baru. Antara kaedah kajian maklumat lama dalam lirik yang kami gunakan ialah kaedah perujukan, kaedah perulangan seluruh, kaedah perulangan sebahagian, kaedah penggantian, kaedah penghilangan atau elipsis, kaedah leksikal dan kaedah prafrasa. Seterusnya, maklumat baru pula dengan melibatkan maklumat baru tambahan, kontrastif, pemberitahuan neutral dan fokus.

6.0  METODOLOGI KAJIAN
Antara kaedah yang kami gunakan dalam kajian ini ialah kaedah kepustakaan, iaitu usaha penyelidikan atas pencarian maklumat dengan merujuk bahan-bahan di perpustakaan, sama ada merujuk buku, jurnal, dan sebagainya sebagai sumber maklumat.

7.0  DAPATAN KAJIAN
Terdapat dua bentuk struktur maklumat dalam model Sato Hirobumi, iaitu struktur maklumat lama dan struktur maklumat baru.

8.1  Maklumat Lama
Maklumat lama merupakan maklumat yang sedia ada dalam diri penerima mesej. Maklumat atau pengetahuan sedia ada ini akan terangsang apabila penerima membaca atau mendengar mesej yang disampaikan. Oleh sebab itu, maklumat ini dikenali sebagai maklumat lama kerana sudah ada dalam otak penerima. Sato Hirobumi telah membahagikan maklumat ini kepada tujuh, iaitu melalui kaedah perujukan, kaedah penggantian, kaedah pengulangan, kaedah pengulangan sebahagian, kaedah penghilangan , kaedah leksikel dan prafrasa.

8.1.1       Kaedah Perujukan
Kaedah perujukan ialah menggunakan kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama tunjuk untuk menghasilkan perkaitan antara bahagian dalam wacana. Merujuk hal yang secara langsung dirujuk melalui teks dan dikenalpasti melalui penggunaan  kata ganti. Kaedah perujukan dalam lirik lagu ni berlaku pada ayat :
A.1 Oh! Ibu.
A.2 Kau disiram bayu pagi.
Dalam ayat A.1, FN “Ibu” mengalami perubahan secara perujukan kata ganti nama “kau”

A.11 Ku buktikannya kepadamu.
A.12 Ibu tersayang.
Dalam ayat A.11, FN “mu” mengalami perubahan secara perujukan kata ganti nama “ibu”.

A.16 Tuhan Yang Esa.
A.19 Di antara kekasih kekasihmu.
Dalam ayat A.16, FN “Tuhan” mengalami perubahan secara perujukan kata ganti nama “mu”

A.17 Ampuni dosa ibu.
A.18 Tempatkan mereka.
Dalam ayat A.17, FN “ibu” mengalami perubahan secara perujukan kata ganti nama “mereka”

A.20 Oh! Ibu.
A.21 Kau kasih sejati.
Dalam ayat A.20, FN “Ibu” mengalami perubahan secara perujukan kata ganti nama “kau”

A.43 Oh ibu
A.44 Damailah engkau disana.
Dalam ayat A.43, FN “Ibu” mengalami perubahan secara perujukan kata ganti nama “engkau”

8.1.2       Kaedah Perulangan Seluruh
Dari perpektif nahunannya, kaedah perulangan membawa makna perulangan yang berlaku pada unsur-unsur dalam wacana tanpa menimbulkan sebarang perubahan pada kategorinya. Contoh kaedah perulangan seluruh bagi lagu “Untukmu Ibu” ialah :

A.1 Oh! Ibu.
A.20 Oh! Ibu.
A.34 Oh! Ibu.
A.43 Oh! Ibu.

A.1 “Oh! Ibu” diulang sepenuhnya tanpa mengalami sebarang perubahan dalam A.20, A.34 dan A.43. Terdapat banyak contoh lain bagi kaedah perulangan sepenuhnya dalam lirik lagu “Untukmu Ibu” iaitu :

A.16 Tuhan Yang Esa . 
A.30 Tuhan Yang Esa.


A.17 Ampuni dosa ibu.
A.31 Ampuni dosa ibu.

A.18 Tempatkan mereka.
A.32 Tempatkan mereka.

A.19 Di antara kekasih kekasihmu.
            A.33 Di antara kekasih kekasihmu.
A.21 Kau kasih sejati.
A.35 Kau kasih sejati.

A.22 Kutaburkan doa.
A.36 Kutaburkan doa.

A.23 Untukmu ibu.
A.37 Untukmu ibu.

A.24 Ampunilah dosaku.
A.38 Ampunilah dosaku.

A.25 Sejak ku dilahirkan.
A.39 Sejak ku dilahirkan.

A.26 Hingga akhir hayatmu.
A.40 Hingga akhir hayatmu.

A.41 Ibu.
A.47 Ibu.

8.1.3       Kaedah Perulangan Sebahagian
Merujuk perubahan kategori yang berlaku pada rangkai kata yang mengulang.

A.4 Dan kesepian.
A.5 Dan aku.
Dalam ayat  A.5 hanya mengalami perulangan sebahagian seperti A.4 iaitu “dan” sahaja.

A.36 Kutaburkan doa.
A.45Ku taburi doa mewangi.
Dalam ayat  A.45 hanya mengalami perulangan sebahagian seperti A.36 iaitu “ku” sahaja

A.14 Ku tatapi potret mu berulang kali.
A.15 Kurenungkan kalimah yang diberi.
Dalam ayat  A.15 hanya mengalami perulangan sebahagian seperti A.14 iaitu “ku” sahaja

A.34 Oh! Ibu
A.41 ibu
Dalam ayat  A.41 hanya mengalami perulangan sebahagian seperti A.34 iaitu “ibu” sahaja

A.11 Kubuktikannya kepadamu
A.13 Kucurahkan rasa hati
Dalam ayat  A.13 hanya mengalami perulangan sebahagian seperti A.11 iaitu “ku” sahaja.

8.1.4       Kaedah Penggantian
Merujuk kepada sesuatu unsur yang disebut, kemudian digantikan dalam bentuk baharu secara semantik ataupun nahuan. Contoh penggunaan kaedah penggantian dalam lirik lagu ini adalah :
A.11 Kubuktikannya kepadamu.
A.12 Ibu tersayang.
Dalam ayat A.11 “kepadamu” telah menggantikan frasa nama “ibu” dalam A.12.

A.16 Tuhan Yang Esa
A.19 Di antara kekasih kekasihmu.
Dalam ayat A.16 “Tuhan” telah menggantikan frasa nama “Mu” dalam A.19.

A.31 Ampuni dosa ibu.
A.32 Tempatkan mereka.
Dalam ayat A.31 “ibu” telah menggantikan frasa nama “mereka” dalam A.32.

A.45 Ku taburi doa mewangi.
A.46 Hadiah dari anakmu.
Dalam ayat A.45 “ku” telah menggantikan frasa nama “anakmu” dalam A.46.

8.1.5       Kaedah Penghilangan (elipsis)
Kaedah penghilangan didefinisikan sebagai berlakunya penghilangan penyampaian atau amanat penulis. Kaedah ini tidak digunakan dalam lirik lagu yang dianalisis.

8.1.6       Kaedah Leksikal
Merujuk kepada pertalian ayat antara perkataan dengan wacana secara semantik. Contoh kaedah leksikal yang diterapkan dalam lagu ini adalah :
A.2 Kau disiram bayu pagi.
A.6 Bagai purnama gerhana.
A.7 Di ibarat lautan kering
Dalam A.2, A.6 dan A.7 termasuk dalam kategori alam semulajadi.

8.1.7       Kaedah Prafrasa
Dapat difahami bahawa kaedah prafrasa merujuk kepada pernyataan idea yang sama tetapi secara pengolahannya berbeza. Contoh kaedah prafrasa dalam lirik lagu “Untukmu Ibu” adalah :

A.3 Kehilangan terasa kini.
A.4 Dan kesepian.
Berdasarkan contoh diatas, ayat A.3 dan A.4 mempunyai makna yang sama iaitu kesunyian.

A.25 Sejak ku dilahirkan.
A.26 Hingga akhir hayatmu.
Berdasarkan contoh diatas, ayat A.25 dan A.26 mempunyai makna yang sama iaitu sepanjang hayat.

A.42 Kini aku hilang tempat mengadu.
A.44 Damailah engkau disana.
Berdasarkan contoh diatas, ayat A.42 dan A.44 mempunyai makna yang sama iaitu ibunya telah meninggal.

8.1.8       Analisis Kuantitatif
Analisis secara kuantitatif turut dilakukan iaitu mengandungi struktur maklumat yang terdiri daripad maklumat lama dan maklumat baru yang disertakan dengan peratusan dan kekerapan tertinggi.
   Penanda Maklumat
            Lama
  Ayat-ayat Yang Terlibat
   Kekerapan Yang 
     Digunakan  
Peratusan
    (%)
Perujukan
A.1,A.2,A.11,A.12,A.16,A.19,A17,A.18,A.20,A.21,A.43,A.44
          
            12

    25
Pengulangan sepenuhnya
A.1, A.20, A.43, A.34, A.16, A.30, A.17, A.31, A,18, A.32, A.19, A.33, A.21, A.35, A.22, A.36, A.23, A.37, A.24, A.38, A.25, A.39, A.26, A.40, A.41, A.47


            26


    55
Pengulangan sebahagian
A.4, A.5, A.36, A.45, A.14, A.15, A.34, A.41, A.11, A.13
             10
    21
Penggantian
A.11, A.12, A.16, A.19, A.31, A.32, A.45, A.46
              8
    17
Leksikal
A.2, A.6, A.7
              3
     6
Prafrasa
A.3, A.4, A.25, A.26, A.42, A.44
              6
   12

Berdasarkan dapatan kajian, kaedah perulangan paling banyak digunakan oleh penulis lirik ini iaitu sebanyak 55 % yang melibatkan 26 daripada 47 ayat pertama yang dikaji.
Kaedah leksikal pula menduduki penggunaan kaedah terendah dalam cerpen ini, iaitu sebanyak tiga ayat sahaja yang terlibat dengan enam peratus digunakan. Hal ini menggambarkan bahawa penggunaan kaedah leksikal yang terlalu kerap menyebabkan pemahaman pembaca terjejas, terutamanya kepada individu yang mempunyai pengetahuan bahasa yang rendah.
Teks Analisis
A.1 Oh! Ibu
A.18 Tempatkan mereka
A.35 Kau kasih sejati
A.2 Kau disiram bayu pagi
A.19 Di antara kekasih kekasihmu
A.36 Kutaburkan doa
A.3 Kehilangan terasa kini
A.20 Oh! Ibu
A.37 Untukmu ibu
A.4 Dan kesepian
A.21 Kau kasih sejati
A.38 Ampunilah dosaku
A.5 Dan aku
A.22 Kutaburkan doa
A.39 Sejak ku dilahirkan
A.6 Bagai purnama gerhana
A.23 Untukmu ibu
A.40 Hingga akhir hayatmu
A.7 Di ibarat lautan kering
A.24 Ampunilah dosaku
A.41 Ibu
A.8 Tiada tempat ku layarkan
A.25 Sejak ku dilahirkan
A.42 Kini aku hilang tempat mengadu
A.9 Hasratku ini
A.26 Hingga akhir hayatmu
A.43 Oh ibu
A.10 Masih belum sempat
A.27 Di saat ini
A.44 Damailah engkau disana
A.11 Ku buktikannya kepadamu
A.28 Kuteruskan hidup
A.45 Ku taburi doa mewangi
A.12 Ibu tersayang
A.29 Tanpa bersamamu ibu
A.46 Hadiah dari anakmu

A.13 Kucurahkan rasa hati
A.30 Tuhan Yang Esa  
A.47 Ibu
A.14 Ku tatapi potret mu berulang kali
A.31 Ampuni dosa ibu

A.15 Kurenungkan kalimah yang diberi
A.32 Tempatkan mereka

A.16 Tuhan Yang Esa  
A.33 Di antara kekasih kekasihmu

A.17 Ampuni dosa ibu
A.34 Oh! Ibu


8.2  Maklumat Baru
Crystal mendefinisikan maklumat baru menggunakan konsep tambahan (Mohd Rashid Md Idris, 2004:19). Konsep tambahan merujuk kepada maklumat baru yang ditambah itu sepatutnya dibatasi kepada pola ayat yang memperlihatkan suatu susunan maklumat apabila judul dan cerita masing-masing bersesuaian dengan maklumat lama dan maklumat baru kerana bahasa dapat menyediakan pelbagai pola susunan maklumat secara teoretis.
Menurut Browne dan Yule pula, penyampai maklumat akan menentukan suatu unsur yang berbentuk ayat sebagai titik permulaan perbicaraan dan unsur itu tentunya berfungsi sebagai judul ayat (Mohd Rashid Md. Idris, 2004:19). Suatu komunikasi yang afektif dikatakan berlaku apabila judul dan cerita saling bersesuaian antara maklumat lama dengan maklumat baru. Hal ini disebabkan dalam susunan yang demikian penerima maklumat dengan mudah memperoleh maklumat yang belum ada dalam kesedarannya kerana wujud arah aliran maklumat yang selari.
Menurut Sato Hirobumi (1997) dalam buku Mohd Rashid Md Idris, komunikasi berbahasa sering memperlihatkan hala perbicaraannya dalam satuan logik, iaitu judul dan cerita. Sekiranya judul dinyatakan dalam bentuk lahir ayat, penyampaian maklumat dijalankan berdasarkan maklumat yang terkandung dalam judul tersebut.
Sato Hirobumi membahagikan maklumat baru kepada empat jenis berdasarkan susunan logikal judul dan cerita dalam bentuk lahirnya (Mohd Rashid Md Idris, 2004:20). Antara jenis maklumat baru ialah Maklumat Baru Tambahan (MBT), Maklumat Baru Kontrastif (MBK), Maklumat Baru Pemberitaan Neutral (MBN), dan Maklumat Baru Fokus (MBF). Dalam lagu yang dikaji oleh pengkaji, keempat-empat jenis maklumat baru dapat dikesan oleh pengkaji.




8.2.1       Maklumat Baru Tambahan (MBT)
Maklumat baru tambahan merujuk kepada maklumat baru yang ditambah berdasarkan maklumat lama yang muncul di titik permulaan perbicaraan ayat. Contohnya adalah seperti berikut:

Contoh 1
Maklumat lama        : Maklumat Baru Tambahan
Judul                         : Cerita
A.11 Ku                    buktikannya kepadamu.
A.13 Ku                    curahkan rasa hati.
Kata ganti nama orang pertama “Ku” dalam A11 dan A13 merupakan maklumat lama. Manakala “buktikannya kepadamu” dan “ curahkan rasa hati” merupakan frasa kerja yang berperanan sebagai maklumat tambahan yang bersesuaian dengan peranannya sebagai cerita dalam ayat. Frasa kerja (FK) tersebut berkait secara langsung dengan judul, maka ia dianggap MBT.
Contoh 2
Maklumat lama        : Maklumat Baru Tambahan
Judul                         : Cerita
A.2 Kau                    disiram bayu pagi
A.21 Kau                   kasih sejati
“Kau” dalam A.2 dan A.21 iaitu kata ganti nama orang kedua merupakan maklumat lama. Manakala frasa kerja “disiram bayu pagi” dan frasa adjektif “kasih sejati” berperanan sebagai maklumat tambahan yang bersesuaian dengan peranannya sebagai cerita dalam ayat. Frasa kerja (FK) dan frasa adjektif (FA) tersebut berkait secara langsung dengan judul, maka ia dianggap MBT.

8.2.2       Maklumat Baru Kontrastif
Maklumat baru kontrastif pula merujuk kepada dua atau lebih klausa yang berbeza dari segi semantik.
Contoh 1
Maklumat lama        : Maklumat Baru Kontrastif
Judul                         : Cerita
A.1 Oh Ibu                :- kau disiram bayu pagi (k.1)
                                    - kehilangan terasa kini (k.2)
  -dan kesepian (k.3)
A.1 mengandungi tiga klausa, iaitu frasa nama “kau disiram bayu pagi”, frasa kerja “ kehilangan terasa kini” dan frasa kerja “dan kesepian”. Klausa-klausa tersebut tergolong dalam kategori maklumat baru kontrastif kerana struktur maklumat yang terkandung dalam klausa-klausa tersebut adalah berlainan daripada aspek semantiknya. Oleh itu, A.1 mengandungi 3 unit klausa atau 3 unit struktur maklumat. Ciri kepelbagaian struktur maklumat ini menjadi penanda atau alamat kepada maklumat baru kontrastif.
8.2.3       Maklumat Baru Pemberitaan Neutral
Seterusnya, maklumat baru pemberitaan Neutral merujuk kepada susunan maklumat lama yang tidak mengandungi sebarang maklumat lama yang disediakan dalam praanggapan.
Contoh 1
Maklumat Baru       : Maklumat Baru Pemberitaan Neutral
Judul                         : Cerita
A.5 Dan aku             - bagai purnama gerhana   (k.1)
                                   - di ibarat lautan kering      (k.2)
                                   - tiada tempat ku layarkan (k.3)
Dalam A.5, terdapat tiga klausa yang berbeza maknanya atau dari segi semantik iaitu, “bagai purnama gerhana   (k.1)”, “di ibarat lautan kering (k.2)”, dan “ tiada tempat ku layarkan (k.3). Ketiga-tiga klausa tersebut  berperanan sebagai cerita kepada judul. Kehadiran klausa-klausa yang berbeza semantik inilah yang menjadi penanda kepada maklumat baru pemberitaan neutral, manakala frasa nama “Dan aku” yang berperanan sebagai judul juga merupakan maklumat baru kerana merupakan ayat terawal pada rangkap kedua lirik ini.
Contoh 2
Maklumat Baru       : Maklumat Baru Pemberitaan Neutral
Judul                         : Cerita
A.16   Tuhan Yang Esa      - ampuni dosa ibu     (k.1)
                                               - tempatkan mereka  (k.2)
                                               - di antara kekasih kekasihMu (k.3)
Dalam A.16, terdapat tiga klausa yang berbeza maknanya atau dari segi semantik, “ampuni dosa ibu (k.1)”, “tempatkan mereka (k.2)”, dan “ di antara kekasih kekasihMu (k.3)”. Ketiga-tiga klausa tersebut berperanan sebagai cerita kepada judul. Kehadiran klausa-klausa yang berbeza semantik inilah yang menjadi penanda kepada maklumat baru pemberitaan neutral, manakala frasa nama “Tuhan yang Esa” yang berperanan sebagai judul juga merupakan maklumat baru kerana merupakan ayat terawal dalam rangkap kelima lirik ini.

8.2.4       Maklumat Baru Fokus (MBF)
Maklumat baru fokus merujuk kepada susunan maklumat yang melibatkan fokus perbezaannya (maklumat baru) yang menduduki tema (judul).
Contoh 1
Maklumat Baru Fokus                    : Maklumat Lama
Judul                                                 : Cerita
A.27 Saat ini                                     Kuteruskan hidup

Dalam A.27, kata adjektif “saat” mengalami proses pendepanan predikat untuk berfungsi sebagai judul atau tema dalam ayat ini. Sekirannya ayat ini tidak mengalami pendepanan cerita, maka boleh sahaja ayat itu seperti ‘kuteruskan hidup saat ini’. Jadi kata adjektif tersebut dikategorikan sebagai maklumat baru fokus.



8.0  KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, kita dapat melihat bahawa dalam kajian lirik lagu “Untukmu Ibu” banyak maklumat baru yang digunakan antaranya maklumat baru perujukan, maklumat baru perulangan, maklumat baru leksikal, maklumat baru penghilangan dan maklumat baru parafrasa. Jika diperhatikan banyak maklumat baru digunakan dalam lirik lagu ini adalah kerana adanya penggunaan kata ganti nama diri, sebagai contoh kata ganti nama diri yang kedua dalam lirik. Selain itu, faktor pengulangan diksi atau perkataan juga merupakan salah satu faktor maklumat baru digunakan secara jelas dan meluas dalam lirik “Untukmu Ibu” ini, malah banyak lagi maklumat-maklumat baru yang lain sepertimana yang telah dinyatakan dalam dapatan kajian.
      Seterusnya, dalam kajian lagu “Untukmu Ibu” juga ada melibatkan maklumat baru yang dapat dikenal pasti, sebagai contoh maklumat baru tambahan, maklumat baru kontrastif, maklumat baru pemberitahuan neutral dan maklumat baru fokus. Dalam kajian maklumat baru ini ada contoh-contoh yang telah dinyatakan dalam dapatan kajian.
      Pada pendapat kami, kajian yang kami jalankan ini sememangnya berkaitan analisis maklumat yang terdapat dalam lirik lagu “Untukmu Ibu” dan terselit banyak penggunaan maklumat baru dan lama dalamnya. Sehubungan dengan itu terdapat juga unsur-unsur tautan sekiranya diperhati dan dikaji dengan lebih meluas.















RUJUKAN

Mohd Rashid Md Idris, Norliza Jamaluddin, Abu Hassan abdul dan Adenan Ayob.
(2012). Analisis Wacana. Perak : Emeritus Publications.

Sanat Md. Nasir. (2002). Tautan dalam Wacana Bahasa Melayu Akhbar. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Rashid Idris (2004). Analisis wacana cerpen dari perspektif struktur maklumat
dan struktur tema. Kuala Lumpur: AHC Communications Sdn. Bhd.


No comments:

Post a Comment