Wacana ialah unit tertinggi bahasa yang
melampaui batas ayat dan kajian tentang unit tersebut. Oleh sebab wacana ialah
unit bahasa yang tertinggi, maka wacana dapat direalisasikan dalam pelbagai
bentuk sehingga meliputi peristiwa bahasa. Secara umumnya, wacana dapat
dikaitkan dengan tiga kategori besar, iaitu melampaui ayat, penggunaan bahasa,
dan juga amalan sosial yang meliputi bukan linguistik dan bukan tentu
bahasa.
Terdapat tujuh ciri
dalam wacana, iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat, keadaan,
dan interteks. Sesebuah wacana yang baik akan memenuhi ciri-ciri wacana yang
telah dikemukakan. Namun, Asmah Haji Omar dalam artikel Jurnal Dewan Bahasa
yang bertajuk "Analisis Wacana" pula menyatakan terdapat lapan unsur
penting dalam wacna, iaitu:
Ø satuan
bahasa
Ø terlengkap
Ø mengatasi
ayat atau klausa
Ø teratur
atau tersusun rapi
Ø berkesinambungan
Ø kohesi
Ø lisan
atau tulisan
Ø awal dan
akhir yang nyata
Menurut Nik Safiah Karim dalam
buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga pula, terdapat dua ciri utama dalam sesebuah
wacana yang utuh, iaitu kohesi atau tautan dan koheran atau runtutan. Beliau
turut menyatakan bahawa terdapat juga ciri-ciri wacana yang lain, termasuklah
tujuan sesuatu wacana, penerimaan oleh pendengar atau pembaca, maklumat yang
terkandung, keadaan yang mewujudkan wacana dan inetrteks atau peranan
wacana-wacana lain yang membantu pendengar atau pembaca memahami perkara yang
didengar atau dibaca.
Tautan
atau kohesi ialah keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur
linguistik yang lain dalam sesebuah wacana untuk menghasilkan wacana yang mantap.
Keserasian hubungan ini lazimnya dilihat melalui hubungan antara sesuatu
perkataan, frasa, atau ayat dengan perkataan, frasa, atau ayat lain yang
terdapat dalam wacana tersebut. Tautan ini penting, kerana tautan dapat
mewujudkan kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang lain sehingga
membentuk suatu kesatuan. Kohesi juga merujuk kepada idea atau esei yang
dijalin rapi hingga menjadi bersepadu.
Kohesi
juga disebut sebagai organisasi sintaktik yang mana merupakan wadah ayat-ayat
yang disusun secara padu dan juga padat. Perkara ini bermaksud kohesi adalah
hubungan di antara ayat di dalam sebuah wacana tidak kira sama ada dari segi
strata gramatikal mahupun strata leksikal tertentu. Penguasaan dan pengetahuan
kohesi yang begitu baik akan dapat menghasilkan wacana yang baik.
“Tautan merupakan satu set kemungkinan yang wujud
dalam bahasa untuk menjadikan suatu teks itu berkesatuan”.
(Halliday dan Hasan: 1976)
Halliday
dan Hasan telah cuba melihat tautan makna daripada dua sudut, iaitu tautan
nahuan dan tautan leksikal. Kedua-dua nahuan ini wujud dalam sesuatu kesatuan
teks. Selain itu, kohesi juga memperlihatkan jalinan ujaran dalam bentuk ayat
bagi membentuk suatu teks atau konteks dengan menghubungkan makna yang
terkandung di dalam unsur. Kohesi juga dikenali sebagai tetenunan, tautan,
kepaduan, dan sebagainya. Contohnya:
1. Sakinah dan Cecilia pergi ke
kedai.
2.Mereka ke sana untuk membeli
barang keperluan rumah.
Dalam contoh
di atas, terdapat tautan antara kedua-dua ayat tersebut. Perkataan ‘mereka’
dalam ayat kedua merujuk kepada ‘Sakinah’ dan ‘Cecilia’, sementara ‘sana’ pula
merujuk kepada ‘kedai’. Oleh itu, kedua-dua ayat yang mempunyai tautan ini
dianggap sebagai wacana. Kedua-dua ayat ini juga mempunyai makna dan difahami.
Ø Kohesi
leksikal
Kohesi
ini diperoleh dengan cara memilih kosa kata yang serasi. Terdapat dua cara bagi
mencapai aspek kohesi leksikal ini, iaitu reiterasi dan kolokasi.
i.
Reiterasi (pernyataan semula)
Reiterasi
atau pernyataan semula berlau melalui empat cara, iaitu pengulangan kata,
sinonim, superordinate, dan kata-kata umum.
a.
Pengulangan kata
Pengulangan
kata juga dikenali sebagai repetition.
Kata yang seringkali diulang ini adalah dari ‘kata isi’. Hal ini bermakna, kata
itu adalah kata yang amat penting bagi sesuatu ayat yang dibentuk dan dibina
bagi teks ataupun wacana. Kata isi ini boleh dikenal pasti melalui dua cara.
Cara yang pertama ialah kata itu atau 'kata isi' tersebut akan dijadikan
sebagai unsur yang tidak boleh ditinggalkan ataupun tidak digunakan jika
diperkatakan di dalam intipati teks. Manakala, cara yang kedua ialah jika kata
tersebut tidak diulang maka berkemungkinan teks itu akan terganggu sifat
kesatuannya.
Dalam
bahasa Melayu, kata yang akan diulang itu boleh berubah bentuk dari segi
ataupun sudut morfologi. Ini dapat dikategorikan di dalam pengulangan kata ini,
jika kelas kata yang diulang itu tidak berubah.
b.
Sinonim
Sinonim
ialah suatu kata yang mempunyai makna yang sama dengan 'kata seerti'. Sinonim
ini digunakan kerana ianya untuk mengelakkan kebosanan bagi pengulangan kata
yang sama di dalam teks dan juga sinonim ini memberikan variasi kepada sesuatu
teks. Sesetengah kata dikatakan sinonim adalah disebabkan kedua-duanya merujuk
kepada perkara yang sama.
c.
Superordinat
Superordinat
ialah penggunaan kata yang lebih khusus atau 'hiponim' kepada kata yang lebih
umum atau dikenali sebagai 'hiperonim'.
d.
Kata-kata umum
Kata-kata
umum ialah kata-kata yang tidak tentu kelasnya.
ii.
Kolokasi
Bagi
mengenal kolokasi, terdapat dua sudut untuk dilihat, iaitu:
a.
dari sudut sintaksis
b.
dari sudut semantik
2.
Runtutan atau koheren
Runtutan
atau koheren merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga
menjadikan sesebuah teks itu bermakna. Oleh itu, runtutan merupakan asas dalam
pembinaan wacana kerana sesuatu teks itu dianggap sebagai wacana jika teks
tersebut mempunyai makna. Contohnya:
Penyakit
sindrom kurang daya tahan atau Aids bukanlah gejala yang baharu. Penyakit ini
telah lama dikesan di beberapa buah Negara di Eropah. Walaupun bidang sains dan
teknologi berkembang maju, tetapi masalah ini masih tidak dapat diatasi.
Contoh di
atas jelas menunjukkan kesinambungan idea melalui perkataan Aids, gejala,
penyakit dan masalah ini. Kesinambungan idea ini telah menjadikan ayat-ayat
tersebut bertaut di antara satu sama lain untuk membentuk wacana yang bermakna.
Kebanyakan wacana mempunyai tautan untuk menjadikannya runtut. Walau
bagaimanapun, teks yang bertaut tidak semestinya runtut.
3.
Tujuan
Setiap
wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan perlu mempunyai
tujuan. Tujuan sesuatu wacana ini ditentukan oleh penghasil wacana tersebut
sama ada penulis atau pembicaranya. Sesuatu wacana perlu mempunyai tujuan untuk
menimbulkan interaksi yang komunikatif. Tujuan ini akan menentukan jenis wacana
yang digunakan. Jika tujuan seseorang adalah untuk mendapatkan maklumat, ayat
yang sering digunakan ialah ayat Tanya, tetapi jika seseorang itu ingin
menyatakan atau menerangkan sesuatu, ayat yang digunakan ialah ayat penyata.
4.
Penerimaan
Sesuatu
wacana sama ada lisan atau tulisan, perlu mempunyai pendengar atau pembaca.
Pendengar dan pembaca merupakan penerima sesuatu wacana. Tahap penerimaan
seseorang itu tinggi jika pendengar atau pembaca memahami sepenuhnya wacana
yang diujarkan sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan. Oleh itu, tahap
penerimaan adalah tinggi apabila tahap tujuan sama dengan tahap penerimaan.
5.
Maklumat
Setiap
wacana mempunyai maklumat. Maklumat terdiri daripada dua jenis, iaitu maklumat
lama dan maklumat baharu. Maklumat lama ialah maklumat yang telah dinyatakan
terdahulu. Maklumat baharu pula ialah maklumat yang baru sahaja dinyatakan
dengan andaian pendengar atau pembaca tidak mengetahui maklumat itu sebelum
ini. Contohnya:
a.
Syahliana mengajar di sekolah menengah.
b.
Sekolah itu sekolah berasrama penuh.
‘Sekolah
itu’ dalam ayat (b) merupakan maklumat lama, kerana telah dinyatakan dalam ayat
sebelumnya. ‘Sekolah berasrama penuh’ ialah maklumat baharu, kerana baru
disebutkan dalam ayat itu.
6.
Keadaan
Ciri
seterusnya ialah keadaan. Keadaan ialah latar sewaktu bahasa itu digunakan, dan
membantu pendengar atau pembaca memahami sesuatu wacana. Ungkapan “Sila masuk”,
misalnya, difahami kerana digunakan dalam keadaan latar seseorang mempelawa
seorang lain masuk ke dalam bilik atau rumahnya. Dalam kehidupan sehari-hari
terdapat pelbagai jenis latar, misalnya latar rumah tangga, latar tempat kerja,
latar tempat membeli-belah, latar berekreasi, latar beribadat, dan
bermacam-macam lagi. Setiap latar menghasilkan wacana tersendiri.
Setiap wacana perlu dikaji kaitan dan kedudukan penutur dalam masyarakat
secara amnya yang akan menentukan gaya wacana sama ada gaya formal atau tidak
formal. Gaya formal, contohnya, wujud apabila seseorang guru pelatih
berkomunikasi dengan pensyarah, murid atau pelajar berhubung dengan guru. Gaya
tidak formal adalah gaya yang wujud dalam hubungan biasa antara rakan. Hubungan
ini menghasilkan kesan dialek sosial dalam pertuturan.
Wacana harus ada tujuan yang menentukan sesuatu jenis ayat. Contohnya,
jika tujuan penutur adalah untuk melaksanakan sesuatu perbuatan , jenis ayat
yang terbentuk ialah ayat perintah. Begitu juga jika tujuan penutur adalah
untuk mendapatkan maklumat, jadi ayat yang terbentuk ialah ayat tanya. Sesuatu
wacana mesti berdasarkan kaitan antara penutur dengan pendengar dalam bahasa
lisan dan penulis dengan pembaca dalam bahasa tulisan. Tiap-tiap wacana tidak
boleh dimansuhkan maklumat yang bertentangan dengan maklumat yang terdapat
dalam ayat sebelumnya. Contohnya:
“Kelmarin dia tidur sehari suntuk.” “Kelmarin dia
tidur sehingga jam 9.00 pagi.”
Dalam wacana perlu ada unsur-unsur susun atur menurut sebab, akibat,
tempat, waktu, keutamaan dan sebagainya. Tegasnya, ayat-ayat itu harus
mempunyai urutan yang berkait rapat. Misalnya:
“Cikgu Shafie mengajar dengan penuh dedikasi.” “ia
mendapat pujian daripada guru besar.”
Setiap wacana harus mempunyai andaian dan inferensi. Maklumat pertama
dalam wacana digelar andaian manakala maklumat berikutnya disebut inferensi.
Dalam tatabahasa tradisional, andaian digelar judul dan inferensi disebut
ulasan. Inferensi manambah maklumat kepada andaian dan lazimnya bahagian ini
diberi tekanan suara yang tinggi.
7.
Interteks
Interteks
bermaksud sesuatu wacana itu bergantung kepada wacana yang lain. Hal ini beerti
wacana-wacana lain juga memainkan peranan penting untuk membantu seseorang
memahami sesuatu wacana yang sedang dibaca atau didengarinya dengan mudah.
Dengan kata lain, kefahaman seseorang terhadap sesebuah wacana bergantung
kepada pengetahuannya terhadap perkara yang dibaca atau didengarnya itu.
No comments:
Post a Comment